Selamat Datang ke Blog saya http://swandiaton.blogspot.com

ISU 12 : BUDAYA SEKOLAH

APA ITU BUDAYA SEKOLAH ???



Banks dan Banks(1993) ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri . Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, matlamat dan tujuan yang tersendiri.

Deal dan Peterson (1998) mengutarakan budaya sekolah sebagai set norma dan nilai, ritual dan tradisi, adat istiadat dan cerita yang terbentuk menerusi jangka panjang yang membolehkan warganya bekerja dan belajar bersama.

Terry Deal(2002), budaya sekolah ialah keadaan yang merangkumi norma-norma, nilai-nilai, kepercayaan-kepecayaan,dan tradisi-tradisi yang membentuk peraturan-peraturan yang tidak bertulis mengenai cara berfikir, merasa dan bertindak dalam organisasi.

Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991).

Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).


Artikel 1

Tajuk Jurnal     : Budaya Sekolah: Implikasi Terhadap Proses Pembelajaran Secara
                             Mengalami

Penulis Jurnal   : Ruhani Binti Mat Min

Ulasan:

Jurnal ini bertujuan melihat kesan budaya sekolah terhadap pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih semasa menjalani praktikum kaunseling di sekolah. Praktikum kaunseling merupakan latihan praktis yang perlu dilalui bagi membolehkan seorang kaunselor pelatih bergraduat dari program latihan yang diikutinya. Pengalaman menjalani praktikum di sekolah membolehkan kaunselor pelatih mengendalikan perkhidmatan kaunseling dengan klien yang sebenar. Sepuluh orang kaunselor pelatih yang ditempatkan di sembilan buah sekolah yang berbeza terlibat di dalam kajian ini. Data dikumpulkan melalui siri temubual bersama kaunselor pelatih, iaitu di permulaan, pertengahan dan di akhir praktikum kaunseling. Mereka juga terlibat dalam penulisan diari secara mingguan. Pemerhatian dan kajian dokumen berkaitan dilakukan oleh penyelidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih berkaitan dengan budaya yang diamalkan oleh sesebuah sekolah. Terdapat dua budaya yang utama dipraktiskan di sekolah, iaitu menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti yang menyokong perkembangan pelajar dan kedua, tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling. Ekoran tidak menerima berkenaan berlaku isu ketidaksediaan, kurang menghormati dan kurang kerjasama. Kaunselor pelatih menghadapi pelbagai cabaran semasa berada di persekitaran sekolah, walaupun begitu mereka juga memperolehi kepuasan, khususnya apabila dapat menyelesaikan tugasan yang telah ditetapkan.


Artikel 2

Tajuk Jurnal     : Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran
                             Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah

Penulis Jurnal   : Azizi Yahay  & Nurfaizah Abd. Majid

Ulasan:

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Seramai 234 orang responden yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak kelompok iaitu klust er atas kluster di lima buah sekolah menengah sekitar daerah Pontian, Johor. Hasil kajian mendapati bahawa budaya formal sekolah yang paling dominan adalah budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek sosial. Manakala gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan adalah gaya pembelajaran berdasarkan dari aspek visual. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini. Antaranya ialah guru dan pelajar harus mengenal pasti budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar agar dapat menin gkatkan pencapaian akademik pelajar.


Artikel 3

Tajuk Jurnal     : Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi
                             Pembelajaran

Penulis Jurnal    : Ahmad Zabidi Abdul Razak

Ulasan:

Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan iklim sekolah yang berkesan. Pengkaji telah melihat persepsi 97 orang guru dari empat buah sekolah menengah agama di Selangor. Analisi kajian merangkumi (a) perlaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan pekerjaan, (b) pengamalan sikap muraqabah, (c) pengetua mengamalkan komunikasi terbuka antara guru dan pelajar, (d) komitmen guru terhadap sekolah tinggi, (e) guru-guru bekerjasama untuk menyelesaikan masalah, (f) kawasan sekolah kondisif dan aman, dan (g) sikap pelajar yang positif. Daripada susunan ciri iklim sekolah agama berkesan ini menunjukkan peranan seluruh warga untuk mengamalkan budaya hidup Islam sebagai ciri terpenting. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan pemimpin sekolah berada pada kedudukkan kedua terpenting dalam mencorak kerja, motivasi, kelicinan,dan keberkesanan organisasi. Kajian turut mendapati pengikut yang terdiri daripada guru dan kakitangan sekolah mempunyai pengaruh besar dalam menentukan kejayaan organisasi. 
HTML Comment Box is loading comments...