Artikel 1
Tajuk Jurnal : PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN
Penulis Jurnal : CHRISTINA ANDIN @ NUR QISTINA BINTI ABDULLAH & HAZMAN
BIN ALI
Ulasan:
Kajian dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di kalangan guru-guru di enam buah sekolah di Daerah Manjung sekitar Zon Pantai Remis Beruas. Sampel kajian yang digunakan untuk mewakili populasi seramai 120 orang. Data yang dikumpul di analisis secara kaedah statistik deskriptif. Dapatan penyelidikan ini menunjukkan tahap pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi tahap kemahiran ICT di kalangan guru-guru pula adalah rendah.
Artikel 2
Tajuk Jurnal : ICT DALAM PENDIDIKAN: PROSPEK DAN CABARAN DALAM PEMBAHARUAN PEDAGOGI.
Penulis Jurnal : ROBIAH SIDIN & NOR SAKINAH
Ulasan:
Menurut kajian ini, kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Melalui kajian ini, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan penyelesaikan masalah iaitu dengan membina laman web secara bekerja dalam kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi.
Artikel 3
Tajuk Jurnal : PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL: SIKAP GURU, PERANAN ICT DAN KEKANGAN / CABARAN PENGGUNAAN ICT
Penulis Jurnal : TING KUNG SHIUNG & WOO YOKE LING
Ulasan:
Jurnal ini membincangkan tentang kepentingan penggunaan komputer dalam menjana dan menggembangkan idea dan kreativiti guru-guru dalam proses PdP. Pengkaji melihat penggunaan ICT dalam PdP di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jurnal ini juga merupakan sebuah kajian yang mengandungi 17 muka surat mencadangkan penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap ICT, penganjuran kursus ICT jangka pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur komunikasi dan multimedia serta infostruktur yang lengkap, penyediakan kemudahan komputer di luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi.
Artikel 4
Tajuk Jurnal : TRENDS AND ISSUES TO INTEGRATE ICT IN TEACHING LEARNING FOR THE FUTURE WORLD OF EDUCATION.
Penulis Jurnal : MD. AKTARUZZAMAN, MD. RASHEDUL HUQ SHAMIM & CHE KUM
CLEMEN
Ulasan:
Menurut pengkaji, kemunculan teori-teori pembelajaran dari masa ke masa mencerminkan kebimbangan pendidik untuk meneroka proses, faktor dan keadaan yang terlibat dalam pembelajaran manusia. Penggunaan teori-teori pembelajaran utama sentiasa berubah dan mengubah kaedah PdP. Dalam kajian ini, pengkaji menggabungkan penggunaan beberapa ICT seperti internet, video, audio, grafik, teks, imej, dan lain-lain untuk membekalkan pelajar dengan pengalaman apa yang sedang dipelajari secara lansung. Menurut kajian ini juga, usaha telah dibuat untuk menganalisis situasi semasa untuk mengenal pasti kekangan dan kemungkinan dalam penggunaan ICT dalam profesion perguruan.
Artikel 5
Tajuk Jurnal : INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : CIRI – CIRI DAN APLIKASINYA.
Penulis Jurnal : SAHARANI BT. ABDULLAH, NAZILA BT. ABDULLAH, SITI
RAFIDAH BT. BACHOK & R. KALYANI.
Ulasan:
Kertas kerja ini memaparkan dalam teks utamanya ciri-ciri internet yang membolehkan ia dianggap sebagai media pengajaran dan pembelajaran dan memberikan bukti-bukti pengaplikasiannya di dalam sektor pendidikan. Teks utama ini diikuti dengan perbincangan mengenai isu-isu kebergunaan ciri-ciri ini yang boleh menyebabkan permasalahan kepada pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Dari perbincangan yang dibentangkan ternyata bahawa kebergunaan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran masih boleh dipertikaikan. penulis-penulis kertas ini telah mengulas tentang penggunaan internet sebagai sumber untuk penyediaan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Internet sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara guru dengan guru lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Di peringkat sekolah, aplikasi internet adalah seperti mendapatkan rancangan pengajaran oleh para guru seluruh pelusuk dunia, pelbagai maklumat yang menarik dan terkini, bahan bacaan. Selain itu, internet juga berperanan sebagai tempat perkongsian maklumat dan saluran komunikasi. Akhirnya, penulis-penulis kertas kajian ini mengatakan bahawa kebergunaan ciri-ciri internet kepada pelajar di negara kita masih terhad. Maka, apa-apa usaha ke arah menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu diutamakan.
HTML Comment Box is loading comments...