Antara jurang utama dalam pendidikan di Malaysia:
- Jurang diantara bandar dan luar bandar dimana ketaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di sekolah-sekolah pedalaman di seluruh negara.
- Jurang digital iaitu perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dan jurang antara murid.
- Jurang antara tahap pencapaian murid dimana kelemaha murid dalam menguasai 3 M.
- Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dimana perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas.
FAKTOR - FAKTOR BERKAITAN DENGAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1. FAKTOR KELAS SOSIAL
2. FAKTOR JANTINA
Faktor jantina juga memainkan peranan dalam ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih matapelajaran yang bersifat lebih kearah mereka. Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi mengikut gender terutamanya dlam pendidikan sekolah menengah teknik atau vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di politeknik.
3. FAKTOR DARIPADA KUMPULAN MINORITI DAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai kumpulan minoriti didalam faktor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia, kelompok yang pertama ialah dari kumpulan etnik dalam sesebuah masyrakat dimana kumpulan etnik ini mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan etnik yang lain. Mereka adalah kaum Penan, Siam, Baba dan Nyonya serta masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebagainya. Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah sebaliknya melalui keturunan ibu bapa mereka sahaja. Kaum Penan contohnya, mengalami masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana sosioekonomi dan geografi tempat tinggal mereka yang jauh di pedalaman. Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang dikategorikan sebagai kumpulan yang bersifat negatif. Tingkah laku mereka yang bermasalah boleh menggugat ketenteraman sekolah walaupun mereka dikategorikan sebagai kumpulan minoriti. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.
Artikel 1
Tajuk Jurnal : MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR
Penulis Jurnal : ZALIKA ADAM, FARIDAH KASSIM & MOHAMAD JOHDI SALLEH
Ulasan
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor, iaitu tiada kesedaran ibu bapa, kemiskinan keluarga, sikap pelajar, kekurangan bahan bantu mengajar, kemudahan infrastruktur, dan jurang pendapatan penduduk yang ketara. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan pembacaan. Pengkaji juga menyatakan, pihak kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar bandar.
Artikel 2
Tajuk Jurnal : KRISIS PENDIDIKAN MENCEMASKAN: ‘PEMBUNUH SENYAP’ POTENSI INDIVIDU
Penulis Jurnal : NUR FADHILAH ZAHARIN
Ulasan
Menurut petikan jurnal, sebanyak RM54.6 bilion pada tahun 2014 telah diperuntukkan oleh kerajaan dalam sektor pendidikan namun masih tidak dapat untuk menyelesaikan masalah jurang pendidikan di sekolah Bandar dan luar Bandar. Menurut penulis jurnal, anak-anak di sekolah mempunyai peluang yang tipis untuk mengenalpasti bakat yang ada dalam diri mereka. Ini kerana bidang yang ditawarkan di sekolah terlalu terhad. Menurut analisis yang dibuat oleh Pejabat Parlimen Lembah Pantai, pelajar Tingkatan 3 di Malaysia setaraf dengan murid Tahun 5 di Singapura dan Korea Selatan. Jurnal ini menjelaskan proses pembelajaran murid di Malaysia hanya digunakan untuk menjana pendapatan tetapi bukan untuk menjana idea.
Artikel 3
Tajuk Jurnal : SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: DASAR, CABARAN, DAN
PELAKSANAAN KE ARAH PERPADUAN NASIONAL
Penulis Jurnal : MIOR KHAIRUL AZRIN BIN MIOR JAMALUDDIN
Ulasan
Menurut jurnal ini, sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Pengkaji juga menyatakan, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Pengkaji menyarankan pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.
HTML Comment Box is loading comments...