Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.
PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat. Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).
Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS. TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini. Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.
http://en.wikipedia.org/wiki/Programme_for_International_Student_Assessment
Artikel 1
Tajuk Artikel : PISA: MALAYSIA UP IN MATHS, DOWN IN SCIENCE AND READING
Sumber : THE MALAY MAIL, 2013
Ulasan:
Menurut artikel ini, berdasarkan pencapaian Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012, pelajar Malaysia mencatatkan pencapaian lebih tinggi dalam matematik tetapi menurun dalam keupayaan membaca dan sains. Pada edisi 2012, daripada penanda aras pendidikan global, pelajar Malaysia mencatat skor purata 421 untuk matematik, iaitu di bawah 494 bermakna bagi negara-negara dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) tetapi di atas 404 negara yang berdaftar di edisi 2009+. Keupayaan membaca jatuh kepada purata 398 berbanding 414 pada edisi sebelum ini manakala purata OECD semasa adalah 496. Skor Sains menyaksikan penurunan yang kecil berbanding hasil terdahulu dengan memperoleh 420. Apabila keputusan digabungkan Malaysia berada di tempat ke-52 daripada 65 buah negara.
Artikel 2
Tajuk Artikel : STATUS PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM TIMSS 2007 DAN PISA
2009: SATU REFLEKSI.
Penulis : DR ZABANI BIN DARUS
Ulasan
Menurut artikel ini, pencapaian TIMSS murid Malaysia dalam matematik dan sains adalah baik dan berada di atas purata antarabangsa. Namun, pencapaian TIMSS ini menunjukkan penurunan dari tahun 1999 hingga 2007. Manakala, pencapaian pelajar Malaysia dalam PISA 2009 berada di bawah skor purata antarabangsa dalam matematik, sains dan membaca. Keputusan PISA 2009 menunjukkan bahawa terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam inovasi pengajaran bagi kemahiran Matematik dan Sains. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan pencapaian pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa ialah (a)soalan–soalan dalam ujian PISA adalah dalam bentuk teks yang panjang dan memerlukan murid membuat interpretasi, (b) refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar, (c) format soalan peperiksaan awam di Malaysia adalah ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual di mana murid tidak perlu mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi untuk memberi jawapan kepada soalan yang dikemukakan dan (d) murid Malaysia tidak mampu menjawab dengan baik soalan-soalan yang memerlukan mereka berfikir pada aras tinggi.
Artikel 3
Tajuk Jurnal : MULTILEVEL ANALYSIS OF ACHIEVEMENT IN MATHEMATICS
OF MALAYSIAN AND SINGAPOREAN STUDENTS.
Penulis Jurnal : M. NAJIB ABD. GHAGAR, ROHANI OTHMAN & EBRAHIM
MOHAMMAD POUR
Ulasan:
Artikel ini meneroka variasi dalam pencapaian matematik murid gred lapan di Malaysia dan Singapura sebagai fungsi murid dengan perbezaan tahap sekolah. Data yang diperolehi dari 5314 pelajar di 150 buah sekolah dari Malaysia, dan 6018 pelajar di 164 buah sekolah dari Singapura yang mengambil bahagian dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dalam tahun 2003 . Model linear pelbahai tahap telah digunakan untuk menganalisis data. Keputusan menunjukkan bahawa 57,28% daripada jumlah varians dalam pencapaian matematik di Malaysia menyumbang perbezaan tahap sekolah. Sementara itu, keputusan menunjukkan bahawa perbezaan peringkat kelas menyumbang kepada 74.6% daripada jumlah varians dalam pencapaian pelajar Singapura. Pada peringkat tahap pelajar, konsep matematik kendiri adalah faktor yang paling berpengaruh ke atas pencapaian pelajar dari kedua-dua negara. Di peringkat sekolah, budaya sekolah persepsi merupakan faktor yang paling berpengaruh ke atas pencapaian pelajar dari kedua-dua negara.
HTML Comment Box is loading comments...