Selamat Datang ke Blog saya http://swandiaton.blogspot.com

ISU 7 : GAYA PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan.  (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat , mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya.
        
Menurut Dunn & Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Ada pelajar yang gemar cara belajar sendiri.

Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang. Steward & Felicetti (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai “keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh belajar”. Oleh itu, gaya pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dibelajari malahan menekankan bagaimana seseorang itu belajar. Tiada ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut. Seseorang murid  A yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, membawa makna murid ini telah menggunakan gaya pembelajaran yang berkesan bagi dirinya. Sama juga dengan murid B yang tidak dapat mencapai matlamatnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid ini masih tercari-cari jenis gaya pembelajaran yang paling sesuai untuk dirinya


Artikel 1

Tajuk Artikel     :  HUBUNGAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DAN KAEDAH  
                              PENGAJARAN DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN
                              PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH MENENGAH
                              TEKNIK DI NEGERI SEMBILAN

Penulis Artikel   :  PROF. MADYA DR. AZIZI YAHAYA SYAZWANI BINTI ABDUL
                               RAZAK
Ulasan:

Artikel ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dan kaedah pengajaran guru yang diamalkan terhadap pencapaian PKA di tiga buah sekolah teknik di Negeri sembulan. Hasil dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran auditori adalah gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh responden manakala kaedah demonstrasi merupakan kaedah paling dominan yang diamalkan oleh guru. Pengkaji juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran visual kinestetik dengan pencapaian mata pelajaran PKA. Namun kajian ini mendapati, terdapat hubungan yang signifikan antara pembelajaran auditori dengan pencapaian mata pelajaran PKA. Pengkaji telah mencadangkan kajian lanjutan bagi mengesan keberkesanan kaedah pengajaran guru yang perlu untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat bagi mengatasi masalah pencapaian pelajar.


Artikel 2

Tajuk Artikel   :  HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN 
                            PENGARUH RAKAN SEBAYA TERHADAP PENCAPAIAN 
                            MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN

Penulis Artikel  : NOOR ERMA BINTI ABU & LEONG KWAN EU

Ulasan:

Artikel ini menjelaskan bahawa subjek matematik adalah antara subjek yang paling mencabar yang di hadapi oleh pelajar.  Tujuan kajian ini adalah unruk menyiasat hubungan di antara beberapa faktor seperti sikap, minat, arahan guru, pengaruh rakan, dan pencapaian akademik murid. Dalam kajian ini, sebanyak 114 orang sampel dari Tingkatan daripada sekolah awam telah di ambil. Hasil kajian mendapati sikap, minat dan strategi guru mengajar mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian murid. Kajian ini juga mendapati pengaruh rakan mempunyai hubungan yang lemah dengapan pencapaian matematik murid.


Artikel 3

Tajuk Artikel      : KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

Penulis Artikel    : AZIZI HJ YAHAYA & ELANGGOVAN A/L M. SAVARUMUTHU   

Ulasan

Artikel ini meninjau beberapa aspek daripada pendapat ahli-ahli penyelidik dan psikologi mengenai kepentingan kefahaman konsep dalam pembelajaran matematik. Ia juga memberi gambaran berhubung pembentukan konsep yang betul. Di samping itu, penekanan diberikan juga kepada kepentingan pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep dengan jelas agar ianya dapat diaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Melalui kertas kerja ini, golongan pendidik dapat mengenal pasti antara punca-punca masalah kefahaman konsep dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan agar objektif pengajaran dapat dicapai dengan baiknya. Menurut artikel ini, kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.
HTML Comment Box is loading comments...